Sunday 22 September 2013

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN.

Beberapa perkara yang mesti kita lakukan dan beberapa perkara yang perlu dielakkan.

DO'S                                                                        DON'T

1. Play the money game to win.                                1. Play the money game not to lose.

2. Commited to being rich.                                      2. Want to be rich.

3. Think big.                                                           3. Think small.

4. Admire other rich and successful people.               4. Resent rich and successful people.

5. Willing to promote themselves and their value.     5. Think negatively about selling and                                                                                        promotion.

Saturday 21 September 2013

ETIKA KERJA DALAM ISLAM.

Etika kerja dalam Islam dibagi menjadi 5:

1.   Bekerja dengan niat mengabdikan diri kepada Allah “Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”. (Al-Baqarah : 21) “Wahai orang-orang yang berilmu, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada orang yang berkuasa dari kalangan kamu”. (An-Nisaa’ : 59)

2.   Bekerja dengan ikhlas dan amanah “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia“. (Riwayat Al-Quda’) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (An-Nisaa’ : 58) “Wahai orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu”. (Al-Maidah : 1)

3.   Bekerja dengan tekun “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. (Riwayat Al-Baihaqi)

4.   Bekerja dengan semangat gotong royong “Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan…” (Al-Ma’idah : 2)

5.   Bekerja dengan orientasi kebahagiaan manusia sejagad “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan“. (Al-Maidah : 08)

Friday 13 September 2013

MAKAN GAJI TAPI BOLEH JADI KAYA-RAYA.

Macamana Orang Yang Makan Gaji Tapi Boleh Jadi Kaya?

Dulu aku pun selalu tanya soalan yang sama, macamana makan gaji tapi boleh jadi kaya? Siapa yang tak nak kaya? Semua orang, kalau boleh nak jadi kaya. Aku rasa, orang gila kalau ditanya pun, dia akan jawab nak
jadi kaya. Tapi persoalannya, apakah dengan makan gaji yang setiap bulan pendapatan tetap, mampu buat kita jadi kaya?

Contoh aku dulu le, makan gaji dengan kerajaan. Setakat lulus SPM, apalah pekerjaan yang aku boleh dapat dengan kelulusan itu? Setakat pembantu tadbir (kerani) boleh lah. Dengan gaji sebanyak RM395.00 sebulan pada tahun 1987 dulu, apa yang boleh aku beli? Apa lagi nak jadi kaya dan punya harta.



Tapi kini aku punya bisness sendiri, aku punya homestay, aku ada kereta, aku ada rumah dan tanah. Kalau difikir-fikirkan balik, macamana orang macam aku mampu mempunyai semua itu? Kelulusan SPM, pangkat 3 (1982) pulak tu, kerja setakat kerani, tapi kini mampu menjana pendapatan sekitar 5 angka sebulan?


Aku nak kongsi dengan engkorang tips-tips macamana aku boleh buat semua tu. Kalau orang macam aku boleh buat, engkorang tentu akan lebih berjaya. Untuk makluman engkorang, aku ni seorang OKU, aku dilahirkan cacat. Jalan terjengkut-jengkut dan sering diejek oleh budak-budak. Tapi alhamdulillah semua tu berubah bila aku dah berjaya. Kalau dulu aku diejek, tapi kini aku dijadikan contoh kepada anak-anak mereka. Ayat yang mereka kata pada anak-anak mereka "kamu tengok tu, orang cacat macam dia pun boleh berjaya". Orang cacat macam aku pun boleh berjaya, apalagi macam engkorang semua yang normal dan cukup sifat tu. Tentu boleh lebih berjaya dari aku. Itu pun kalau tahu caranya, dan cara itulah yang aku nak kongsi dengan engkorang. Nak tak? Kalau nak, terus baca blog aku ni.


Benda ni bukan mudah untuk aku dapat, tapi aku berani kongsi dengan engkorang. Sebabnya aku teringat kata-kata DAVID TEOH dalam Sinar.fm, katanya "Tips NAK JADI JUTAWAN ADA 3, pertama, RAJIN BERUSAHA, kedua, JANGAN TAMAK, KONGSI PELUANG, dan ketiga, BERSYUKUR KEPADA TUHAN SEBAB REZEKI DATANG DARI TUHAN."


Inilah yang nak aku buat, KONGSI PELUANG ni dengan engkorang, jadi kalau nakkan peluang ni; KLIK LOGO DI BAWAH.