Friday 13 September 2013

MAKAN GAJI TAPI BOLEH JADI KAYA-RAYA.

Macamana Orang Yang Makan Gaji Tapi Boleh Jadi Kaya?

Dulu aku pun selalu tanya soalan yang sama, macamana makan gaji tapi boleh jadi kaya? Siapa yang tak nak kaya? Semua orang, kalau boleh nak jadi kaya. Aku rasa, orang gila kalau ditanya pun, dia akan jawab nak
jadi kaya. Tapi persoalannya, apakah dengan makan gaji yang setiap bulan pendapatan tetap, mampu buat kita jadi kaya?

Contoh aku dulu le, makan gaji dengan kerajaan. Setakat lulus SPM, apalah pekerjaan yang aku boleh dapat dengan kelulusan itu? Setakat pembantu tadbir (kerani) boleh lah. Dengan gaji sebanyak RM395.00 sebulan pada tahun 1987 dulu, apa yang boleh aku beli? Apa lagi nak jadi kaya dan punya harta.



Tapi kini aku punya bisness sendiri, aku punya homestay, aku ada kereta, aku ada rumah dan tanah. Kalau difikir-fikirkan balik, macamana orang macam aku mampu mempunyai semua itu? Kelulusan SPM, pangkat 3 (1982) pulak tu, kerja setakat kerani, tapi kini mampu menjana pendapatan sekitar 5 angka sebulan?


Aku nak kongsi dengan engkorang tips-tips macamana aku boleh buat semua tu. Kalau orang macam aku boleh buat, engkorang tentu akan lebih berjaya. Untuk makluman engkorang, aku ni seorang OKU, aku dilahirkan cacat. Jalan terjengkut-jengkut dan sering diejek oleh budak-budak. Tapi alhamdulillah semua tu berubah bila aku dah berjaya. Kalau dulu aku diejek, tapi kini aku dijadikan contoh kepada anak-anak mereka. Ayat yang mereka kata pada anak-anak mereka "kamu tengok tu, orang cacat macam dia pun boleh berjaya". Orang cacat macam aku pun boleh berjaya, apalagi macam engkorang semua yang normal dan cukup sifat tu. Tentu boleh lebih berjaya dari aku. Itu pun kalau tahu caranya, dan cara itulah yang aku nak kongsi dengan engkorang. Nak tak? Kalau nak, terus baca blog aku ni.


Benda ni bukan mudah untuk aku dapat, tapi aku berani kongsi dengan engkorang. Sebabnya aku teringat kata-kata DAVID TEOH dalam Sinar.fm, katanya "Tips NAK JADI JUTAWAN ADA 3, pertama, RAJIN BERUSAHA, kedua, JANGAN TAMAK, KONGSI PELUANG, dan ketiga, BERSYUKUR KEPADA TUHAN SEBAB REZEKI DATANG DARI TUHAN."


Inilah yang nak aku buat, KONGSI PELUANG ni dengan engkorang, jadi kalau nakkan peluang ni; KLIK LOGO DI BAWAH.






3 comments:

  1. Saya pun kerani gak. Dah 25 tahun jadik kerani. Saya jadi kaya sebab mewarisi harta ayah saya iaitu 10 biji rumah sewa tugas saya cuma jaga kerja kerani saya dan 10 biji rumah sewa peninggalan ayah saya yang disewakan sebanyak RM800 sebiji sebulan. Tuhan Maha Kaya Dia telah menganugerahkan saya kebolehan dan modal untuk mengendalikan rumah-rumah tersebut. Nanti Insya'allah bila saya pencen saya akan tunaikan amanat ayah saya dengan lebih efisyen lagik.

    ReplyDelete
  2. saya kerja dgn company mertua saya...jadi managing director...gaji rendah aje dalam rm5,000 sebulan...tinggi rm500 aje dari ketua akauntan...tapi time umum ganjaran pengarah setiap tahun....mertua saya sbg chairman dpt rm1.5 juta dan saya md dpt rm1 juta...pengarah2 lain dpt rm50,000....
    pegawai lain x tahu byrn ni kecuali setiausaha syt dan akauntan shj....lagipun pegawai mana layak ganjaran pengarah kan?

    ReplyDelete
  3. saya kerja dgn company mertua saya...jadi managing director...gaji rendah aje dalam rm5,000 sebulan...tinggi rm500 aje dari ketua akauntan...tapi time umum ganjaran pengarah setiap tahun....mertua saya sbg chairman dpt rm1.5 juta dan saya md dpt rm1 juta...pengarah2 lain dpt rm50,000....
    pegawai lain x tahu byrn ni kecuali setiausaha syt dan akauntan shj....lagipun pegawai mana layak ganjaran pengarah kan?

    ReplyDelete