Friday, 18 October 2013

PANDUAN MEMILIH PELABURAN




Lazimnya pelabur yang bijak menyimpan wang yang secukupnya untuk keperluan kecemasan dan selebihnya dilaburkan untuk memaksimumkan pulangan. Untuk menentukan pelaburan mana yang sesuai dengan anda, anda perlu menilai jumlah wang yang mampu anda laburkan berdasarkan keadaan semasa kehidupan anda.
  • Matlamat dan keperluan anda.
Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada untuk membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak anda atau keperluan anuiti persaraan? 
  • Umur anda ketika melabur.
Ini akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya, jika anda masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi.
  • Pendapatan anda ketika melabur. 
Jika anda berpendapatan lebih tinggi, maka anda akan mempunyai wang yang lebih untuk dilaburkan.Tahap kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang anda boleh lakukan. 
  • Pekerjaan anda. 
Contohnya, jika terdapat pelan persaraan dalam pekerjaan anda, anda mungkin tidak perlu pelan persaraan lain. 
  • Aset anda. 
Jenis aset yang anda milik memberi kesan terhadap tahap risiko yang anda hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko yang paling minimum dan bon serta ekuiti mempunyai risiko yang lebih tinggi.Jangka masa. Bilakah anda mahu menjual aset anda? Anda perlu memastikan tempoh matang aset yang anda pilih. 
  • Kecairan. 
Keperluan anda terhadap wang di masa hadapan. Sekiranya anda perlu menggunakan wang dalam masa 2-3 bulan terdekat, anda mungkin perlu menyimpan wang anda di dalam deposit bank yang lebih mudah dicairkan berbanding bond dan unit amanah.
  • Kesediaan menghadapi risiko. 
Nilai toleransi anda terhadap risiko. Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidaktentuan pasaran?

2 comments:

  1. informasi yang menarik & dapat membantu kita memilih pelaburan yang sesuai berdasarkan kemampuan pendapatan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Teruskan ikuti blog ini kerana saya akan kongsikan lebih banyak maklumat untuk kebaikan semua.

      Delete